6 menang tiket ke Singapura

6 menang tiket ke Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Enam pemegang kad Baiduri, hari ini, membawa pulang tiket penerbangan pergi balik ke Singapura setelah terpilih sebagai pemenang minggu ke-3 dan ke-4 promosi Sungkai Bersama Baiduri yang dijalankan semasa bulan Ramadan yang lalu.

Para pemenang bertuah itu ialah Dayangku Nabilah Aliaa binti Pengiran Haji Mohd Ali Hanafiah, Hajah Maimun binti Abdullah, Chong Seok Chin, Awang Mohammad Mu’inuddin Chin bin Abdul Rahman, Haji Mohammad Embrey bin Haji Mahmud dan Tony Tan Lee Yeong.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Jualan Rangkaian dan Perbankan Perniagaan Bank Baiduri, Aariz Patrick Ng, pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Baiduri, Kiarong.

Di majlis itu juga, 20 pemegang kad lain menerima rebet wang tunai bernilai $100 setiap seorang yang disampaikan oleh Pengurus Unit Perbankan Perniagaan Bank Baiduri, Davern Lim.

Menurut kenyataan Baiduri, sepanjang bulan Ramadan, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan debit Baiduri di kedai-kedai makan dan minuman yang ikut serta dimasukkan ke dalam cabutan untuk memenangi hadiah mingguan termasuk tiket penerbangan pergi balik ke Singapura dan 10 rebet wang tunai bernilai $100 setiap satu, di samping mendapat potongan istimewa sehingga 20 peratus daripada perbelanjaan mereka.

Gambar ramai para pemenang minggu ke-3 dan ke-4 promosi Sungkai Bersama Baiduri semasa penyampaian hadiah, kelmarin.
Gambar ramai para pemenang minggu ke-3 dan ke-4 promosi Sungkai Bersama Baiduri semasa penyampaian hadiah, kelmarin.

Ketua Perbankan Runcit dan Divisyen Cawangan Rangkaian, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha, dalam kenyataan itu dipetik sebagai berkata, “Kami sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan dan kami bermatlamat untuk menyediakan pelanggan dengan faedah dan keistimewaan apabila menggunakan produk kad kami.”

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Jenama Kad dan Sokongan Pemasaran Perbankan Perniagaan, Divisyen Perbankan Runcit, Michelle Lo memberitahu bahawa pada masa ini Baiduri sedang menjalankan beberapa kempen bagi pemegang kad termasuk kempen kerjasama dengan beberapa kompleks membeli-belah.

“Seperti contoh, ‘Baiduri Fabulous Shopping @ Mabohai Shopping Complex’ di mana pemegang kad boleh mendapatkan diskaun eksklusif di kedai-kedai yang ikut serta di kompleks berkenaan dan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta MINI dalam cabutan bertuah utama.

“Selain itu, kami juga mempunyai ‘Shop, Dine and Watch Movie @ KB Sentral’ di mana pemegang kad berpeluang memenangi barangan elektronik dalam satu cabutan bertuah,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai promosi Bank Baiduri bolehlah didapati di laman sesawang www.baiduri.com, aplikasi mudah alih ‘Baiduri Deals’ atau menghubungi Pusat Panggilan di talian 244 9666. Orang ramai juga boleh mengikuti Bank Baiduri di laman Facebook, Instagram dan Twitter.