6 militan IS terbunuh serangan bom di Iraq

6 militan IS terbunuh serangan bom di Iraq

BAGHDAD, 18 Sept – Enam militan Negara Islam (IS) terbunuh kelmarin dalam serangan udara di wilayah Salahuddin, manakala serangan bom tepi jalan membunuh warga awam di wilayah utara Kirkuk, menurut sumber keselamatan.

Di wilayah tengah utara Iraq, Salahudin, helikopter bersenjata mengebom dua kenderaan IS berhampiran loji minyak Ajil di timur laut ibu kota wilayah Tikrit, yang terletak 170 kilometer ke utara Baghdad, memusnahkan kenderaan dan membunuh enam miltan IS di dalamnya, menurut sumber keselamatan wilayah memberitahu Xinhua.

Medan minyak kecil Ajil telah ditawan oleh militan IS pada 10 Jun 2014 apabila kumpulan itu merampas sebahagian besar wilayah-wilayah majoriti Sunni, tetapi telaga minyak telah dibebaskan oleh tentera Iraq pada Mac 2015. – Xinhua

 

ARTIKEL YANG SAMA