6 negara Afrika dijangka bebas malaria

6 negara Afrika dijangka bebas malaria

GENEVA, 25 April – Enam negara di benua Afrika, dengan wabak malaria paling meluas, dijangka akan bebas daripada penyakit itu pada 2020, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diterbitkan hari ini bersempena Hari Malaria Sedunia.

Salah satu matlamat program WHO, 2016-2030 terhadap malaria adalah untuk menghapuskan penyakit ini di sekurang-kurangnya 10 negara menjelang akhir dekad ini.

“WHO menganggarkan 21 negara berada dalam kedudukan untuk mencapai matlamat ini, termasuk enam negara di rantau Afrika, dengan beban penyakit tertinggi antaranya Algeria, Botswana, Cape Verde, Comoros, Afrika Selatan dan Swaziland.,” kata pertubuhan yang berpangkalan di Geneva dalam satu kenyataan.

Di Afrika Selatan penghapusan malaria adalah objektif kesihatan awam. Negara mencatat 11,700 kes penyakit itu pada 2014, turun dari 64,000 pada 2000 dengan kebanyakan diagnosis datang dari kawasan yang bersempadan dengan Swaziland, Zimbabwe dan Mozambique.

“Melalui tindakan yang disasarkan dan kerjasama merentas sempadan, Afrika Selatan mempunyai potensi untuk bebas malaria pada tahun 2020,” kata laporan WHO.

Organisasi dari negara-negara lain percaya bahawa matlamat itu boleh dicapai antaranya ialah China, Malaysia dan Korea Selatan, lapan negara-negara Amerika Latin (Costa Rica, Belize, El Salvador, Mexico, Argentina, Paraguay, Ecuador dan Suriname), serta Arab Saudi, Iran, Oman, Sri Lanka, Bhutan, Timor-Leste dan Nepal.

Eropah, Asia Tengah dan Caucasus bebas malaria pada 2015, menurut satu laporan WHO yang diterbitkan awal bulan ini. Sejumlah 214 juta orang mengalami malaria tahun lalu, dengan 438,000 kematian akibat penyakit ini dicatatkan, menurut organisasi itu. Menurut WHO, sembilan daripada 10 kematian akibat penyakit itu pada 2015 datang dari sub-Sahara Afrika. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA