6 orang ditahan jual susu tepung tiruan

6 orang ditahan jual susu tepung tiruan

SHANGHAI, 5 April (AFP) – Pihak berkuasa China telah menahan enam orang kerana menghasil dan menjual susu tepung anak damit sebagai jenama popular AS ‘Similac’, memasarkan produk tiruan di tujuh wilayah, kata badan kerajaan Shanghai.

Abbott, pengeluar Similac, berkata dalam kenyataan berasingan bahawa kes tersebut terbongkar pada Disember dan barangan tiruan telahpun dikesan dan dirampas pada akhir tahun lalu, menurut satu kenyataan di mikroblog China.

Kes itu adalah skandal terbaru yang membabitkan keselamatan makanan di China. Pada 2008, beberapa anak damit meninggal dunia dan beribu-ribu jatuh sakit disebabkan susu tepung yang dicemari bahan tambahan kimia.