6 pasukan berentap separuh akhir Bola Keranjang

6 pasukan berentap separuh akhir Bola Keranjang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Sebanyak enam pasukan telah mengesahkan kedudukan di peringkat suku akhir Kejohanan Bola Keranjang NBT di dalam Sukan Ria Antara Syarikat 2016 dan akan sekali lagi berentap di dalam kumpulan masing-masing bagi menentukan kemaraan ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan bermula pada 10 Mei ini nanti.

Dalam Kumpulan A, pasukan juara bertahan Istana Maintenance Department meneruskan penguasaannya apabila menjadi pasukan pertama melangkah ke peringkat suku akhir diiringi saing rapatnya iaitu Pasukan Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Sementara itu di dalam Kumpulan B pula, Pasukan D’Sunlit Sdn Bhd akan diiringi Propel sementara di dalam Kumpulan C menyaksikan Yuan Thong Enterprise terus gah mendahului pengiringnya iaitu Pasukan Digimark.

Pada peringkat suku akhir, setiap pasukan ditempatkan di dalam kumpulan masing-masing dan akan melalui dua perlawanan sebelum dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan mara ke peringkat separuh akhir.

Antara aksi pemain pada peringkat kumpulan baru-baru ini.
Antara aksi pemain pada peringkat kumpulan baru-baru ini.

Dalam Kumpulan A, pasukan yang disenaraikan ialah Pasukan Istana Maintenance Department, Propel dan Yuan Thong Enterprise, sementara dalam Kumpulan B pula akan menyaksikan persaingan antara Pasukan RB, D’Sunlit Sdn Bhd dan Pasukan Propel.

Perlawanan di dalam suku akhir menyaksikan Pasukan RB akan menentang Digimark dan Pasukan Yuan Thong akan menentang Istana Maintenance Department.

Sementara pada 12 Mei pula akan menyaksikan Istana Maintenance Department akan menentang Pasukan Propel sebelum perlawanan diteruskan di dalam kumpulan antara Pasukan Propel dan Digimark menentang Pasukan D’Sunlit Sdn Bhd.

Pada 15 Mei nanti pula, dua lagi perlawanan suku akhir akan meneruskan program kejohanan menyaksikan D’Sunlit Sdn Bhd menentang Pasukan RB dan Pasukan Propel menentang pasukan Yuan Thong Enterprise.

ARTIKEL YANG SAMA