6 pasukan sertai Kejohanan Futsal Piala Mizuno

6 pasukan sertai Kejohanan Futsal Piala Mizuno

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga 2015, enam pasukan petang tadi telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal Piala Mizuno kali ke-3 anjuran Mizuno Team yang berlangsung di Kompleks Sukan Futsal meteora, Kampung Kapok.

Kejohanan yang bertemakan ‘Belia dengan Visi’, berharap menggabungkan kerjasama dan saling bermain secara adil di antara para pemain.

Antara kumpulan yang menyertai kejohanan tersebut adalah terdiri daripada Pasukan Skill FT, TET FC, Mantuka FT, JPB FT, Spider FT dan Soparanos FT. Dalam perlawanan itu menyaksikan pasukan Spider FT dinobat sebagai juara setelah berjaya menewaskan pasukan Mantuka FT dengan mata 1 berbalas 0 dalam peringkat akhir.

Walaubagaimanapun, Pasukan Mantuka FT dan Spider FT meraih tempat teratas dalam keseluruhan perlawanan liga Kejohanan Futsal Piala Mizuno yang berlangsung selama sehari.

Pasukan Spider muncul sebagai juara pertandingan dalam Kejohanan Futsal Piala Mizuno kali ke-3.
Pasukan Spider muncul sebagai juara pertandingan dalam Kejohanan Futsal Piala Mizuno kali ke-3.
Pasukan Mantuka FT meraih tempat kedua dalam Kejohanan Futsal Piala Mizuno kali ke-3.
Pasukan Mantuka FT meraih tempat kedua dalam Kejohanan Futsal Piala Mizuno kali ke-3.

ARTIKEL YANG SAMA