6 pelajar Brunei tamat program ICT di China

6 pelajar Brunei tamat program ICT di China

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Enam orang pelajar Brunei yang mengikuti Program Huawei Seeds for the Future di Shenzen China telah berjaya menamatkan program dan menerima sijil mereka,
baru-baru ini.

Hadir bagi menyampaikan sijil-sijil kepada pelajar-pelajar berkenaan ialah Pengarah CSR Huawei, Vivian Zhao dan Ketua Wakil Huawei Technologies (B) Sdn Bhd, Guan Zhongwei.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program tersebut menyediakan pelajar dengan peluang unik untuk mendapatkan latihan dan pengalaman di sebuah syarikat ICT terkemuka global.

Bagi Huawei, program itu merupakan inisiatif dalam memupuk dan membangunkan kemahiran pelajar yang akan dibawa pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian.

Gambar ramai tetamu kehormat majlis dan peserta program dari Brunei.
Gambar ramai tetamu kehormat majlis dan peserta program dari Brunei.

Keenam-enam perwakilan pelajar berkenaan menamatkan program dua minggu sambil mengadakan lawatan di Beijing sebelum dianugerahkan pengiktirafan program tersebut pada majlis yang berlangsung di Shenzhen.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) global Huawei telah melabur sejumlah besar sumber global dan yang paling besar adalah dalam pendidikan.

Menurut kenyataan itu, Huawei percaya bahawa memupuk bakat ICT dan memudahkan pemindahan pengetahuan adalah asas untuk mendapatkan kerja yang berkemahiran tinggi dalam era maklumat pendigitalan. Inilah sebab utama di sebalik Program The Seeds for the Future.

ARTIKEL YANG SAMA