6 pelajar ikuti Program Huawei Seeds

6 pelajar ikuti Program Huawei Seeds

Oleh Imelda Groves HA

 

BEIJING – Program Huawei Seeds for the Future of Brunei Darussalam membuka tirainya di Beijing baru-baru ini yang berlangsung di Beijing Huawei Countyard.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang mempersembahkan Opera Cina itu ialah wakil Duta Negara Brunei Darussalam di China, Natalie Lee Huan Ying bersama wakil dari Huawei Brunei Pengurus Platform Perniagaan, Jessie Lim dan Pegawai Perhubungan Awam, Kitty Yong.

Program yang disertai oleh enam pelajar Brunei yang terpilih itu telah pun tiba di Beijing dan Huawei telah pun mengaturkan lawatan ke kawasan tarikan bersejarah seperti Tembok Besar China dan Istana Musim Panas, sejurus mereka tiba di Beijing pada Ahad lalu.

Para pelajar juga akan mengikuti kelas Bahasa Cina selama empat hari di School of Continuing Education of Beijing Language and Culture University bagi memberi peluang kepada pelajar Brunei mendapat pendedahan mengenai budaya China dan bahasanya.

Sekitar acara pembukaan rasmi dan lawatan para pelajar Brunei di Beijing.
Sekitar acara pembukaan rasmi dan lawatan para pelajar Brunei di Beijing.

Kursus-kursus yang bakal diikuti oleh para pelajar di sepanjang mengikuti program selama dua minggu itu ialah lukisan, kaligrafi, dan kebudayaan China serta banyak lagi.

Para pelajar juga akan dibawa ke Ibu Pejabat Huawei, di Shenzhen pada hari Jumaat ini untuk menjalani kursus-kursus latihan seminggu dalam sektor telekomunikasi.

Huawei Seeds for The Future of Brunei Darussalam adalah tanggungjawab sosial korporat perdana global Huawei, yang bermula sejak tahun 2008 yang bertujuan untuk membangunkan bakat ICT tempatan; meningkatkan pemindahan pengetahuan dan pada masa yang sama, menjangkakan bantuan program seperti ini untuk menggalakkan ke arah visi Wawasan Brunei 2035.

ARTIKEL YANG SAMA