6 pelajar JIS hadiri taklimat ke Kanada

6 pelajar JIS hadiri taklimat ke Kanada

Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Enam pelajar Gred 12 Sekolah Antarabangsa Jerudong bersama ibu bapa masing-masing hari ini menghadiri majlis taklimat yang dihoskan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada sebelum mereka meneruskan pengajian di sana sedikit masa lagi.

Hadir ke majlis itu hari ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marina Laker yang turut membuat pembentangan dan memberikan kata-kata nasihat khas buat para pelajar terlibat.

Menurut beliau, Kanada adalah sebuah negara yang sesuai untuk menimba ilmu kerana negara itu memberikan tumpuan yang lebih kepada industri pendidikan berbanding dengan aspek lain menjadikan pendidikan di sana dikelaskan antara yang terbaik.

Perkara itu jelas apabila Universiti Montreal, Toronto dan Vancouver diletakkan dalam kedudukan ke 8, 9 dan ke 12 di dalam “QS Best Students Cities 2015” dan begitu juga taraf kehidupan yang tinggi menjadikan ia tarikan kepada negara-negara membangun untuk menghantar pelajarnya ke sana.

Dalam pembentangannya beliau turut mengulas bahawa kini 10 pelajar Brunei Darussalam yang menerima biasiswa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan menjalani pengajian di sana.

ARTIKEL YANG SAMA