6 pemenang Kempen Barakah BIBD terima hadiah

6 pemenang Kempen Barakah BIBD terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Enam pemenang bulanan Kempen Barakah, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini menerima hadiah masing-masing berupa set televisyen Samsung LED 55”, peti ais Samsung, dua mesin basuh Samsung, dua air fryer Philips dan empat sterika wap Philips.

Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Perbankan Pengguna BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar.

Kempen keenam Barakah BIBD itu akan berjalan sehingga 30 November 2015.

Para pemenang bulanan Kempen Barakah BIBD bergambar dengan replika hadiah masing-masing.
Para pemenang bulanan Kempen Barakah BIBD bergambar dengan replika hadiah masing-masing.

Kempen tersebut memberi peluang kepada para pelanggan BIBD untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda Odyssey berserta hadiah sagu hati, Apple iPhones and iPads selain dari hadiah bulanan yang berupa alat elektrik.

Pendaftaran adalah automatik dan mudah dengan hanya perlu mendaftar bagi mana-mana produk kewangan BIBD atau menetapkan gaji bulanan ke BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA