6 pendatang maut di luar pantai Libya

6 pendatang maut di luar pantai Libya

ROME, 18 April (Xinhua) – Enam pendatang asing telah ditemui mati dan puluhan yang lain dikhuatiri hilang di laut selepas pengawal pantai Itali melancarkan operasi menyelamat berikutan kejadian bot terbalik dengan 400 pendatang di luar pantai Libya lewat semalam, kata media tempatan hari ini.

Sumber pengawal pantai yang dipetik oleh agensi berita ANSA berkata operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan sukar pada kira-kira 20 batu di luar Libya berikutan angin kencang dan ombak besar yang menyelamatkan 108 orang termasuk beberapa wanita, dari bot yang menuju ke Itali.

Antara yang terselamat adalah pendatang dari beberapa negara Afrika, menurut akhbar Repubblica. Salah seorang daripada mereka memberitahu kepada penyelamat bahawa terdapat sejumlah 135 orang di atas kapal.

Gambar fail bertarikh 14 Mei 2015 menunjukkan pendatang yang terselemat berada di atas kapal polis sempadan Itali, MP01, di Laut Mediterranean, menuju ke Pulau Lampedusa, selatan Itali. – AP
Gambar fail bertarikh 14 Mei 2015 menunjukkan pendatang yang terselemat berada di atas kapal polis sempadan Itali, MP01, di Laut Mediterranean, menuju ke Pulau Lampedusa, selatan Itali. – AP

Media hari ini melaporkan bahawa lebih daripada 400 pendatang, sebahagian besar daripada mereka warga Somalia, yang dalam perjalanan dari Mesir ke Itali, manakala empat kapal bot juga hilang di laut.

Dalam beberapa hari lepas, pengawal pantai Itali telah berjaya menyelamatkan ribuan pendatang di tengah Mediterranean.

Menurut laporan Suruhanjaya Eropah pada Isnin menyambut baik cadangan Itali untuk pendekatan baru dalam berurusan dengan pencari suaka, yang membayangkan perjanjian rangka kerja dengan negara-negara asal dan transit serta komitmen kewangan oleh Kesatuan Eropah.