6 pengurus bank mungkin berdepan tuduhan rompakan

6 pengurus bank mungkin berdepan tuduhan rompakan

MANILA, 23 Nov – Filipina berkata hari ini ia telah melancarkan prosiding jenayah ke atas enam pengurus bank yang dituduh gagal untuk menghentikan pelaburan wang haram sekitar puluhan juta dolar yang dicuri oleh penjenayah siber dari bank pusat Bangladesh.

Pencuri elektronik itu pada Februari telah memindahkan AS$81 juta dari akaun bank dengan Simpanan Persekutuan AS di New York ke Rizal Commercial Banking Corp. (RCBC) di Manila dalam satu rompakan bank terbesar di dunia.

Wang itu kemudian dipindahkan ke empat akaun di cawang RCBC yang mana ia telah disalurkan ke kasino tempatan, menurut pengawal atur yang mendenda bank itu sekitar AS$21 juta pada Ogos.

Majlis Pelaburan Anti-Wang Haram Manila berkata ia telah memfailkan aduan jenayah di jabatan keadilan ke atas ketua kumpulan perbankan runcit RCBC pada ketika itu, pengarah jualan kebangsaannya dan empat pegawai bank lain.

“Pegawai responden dan kakitangan RCBC memudahkan transaksi yang disyaki melibatkan empat akaun, telah gagal untuk melakukan siasatan diperlukan dan menyiasat ke atas akaun-akaun tersebut,” katanya.

Aduan itu, yang difailkan pada Jumaat, juga memetik responden Filipina dipercayai ‘sengaja enggan untuk mengetahui asal dana haram berkenaan’.

Pendakwa jabatan keadilan akan memutuskan, berdasarkan bukti yang disampaikan oleh pemerhati pelaburan wang haram, sama ada untuk memfailkan dakwaan jenayah di mahkamah ke atas enam tertuduh itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA