6 pesakit tamat latihan di Sekolah Perdagangan

6 pesakit tamat latihan di Sekolah Perdagangan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Enam pesakit daripada Kumpulan Sokongan Kecederaan Saraf Tunjang dan Kepala, dari Unit Rehabilitasi Perubatan RIPAS telah berjaya menamatkan kursus latihan di Sekolah Perdagangan, Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) dan menerima sijil masing-masing, kelmarin.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua Sekolah Perdagangan, Haji Abdul Ishak bin Haji Idris di majlis yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Latihan yang bermula dari 18 April hingga 30 Mei 2015 itu melibatkan kursus-kursus seperti Kemahiran Asas Perniagaan, Asas Simpan Kira, Asas Pengkomputeran dan Asas Perkeranian.

Ia bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang berguna bagi mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik, dan diharap membantu mereka lebih berdikari dalam kehidupan seharian.

Latihan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Perniagaan Sekolah Perdagangan.

Haji Abdul Ishak menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Haji Abdul Ishak menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Haji Abdul Ishak bergambar ramai bersama para penerima sijil.
Haji Abdul Ishak bergambar ramai bersama para penerima sijil.

ARTIKEL YANG SAMA