6 pesalah dihukum sebat

6 pesalah dihukum sebat

BANDA ACEH, 30 Dis –Tiga tertuduh yang didapati bersalah berkhalwat dan berjudi dihukum sebat di khalayak ramai di pekarangan masjid di Banda Aceh kelmarin.

Aceh yang menguatkuasakan undang-undang syariah menghukum sebat pasangan kekasih yang didapati bersalah berkhalwat.

Empat lagi lelaki pula dihukum sebat kerana berjudi.

Ratusan penduduk berkumpul di perkarangan Masjid Baiturrahim di sini untuk menyaksikan hukuman itu yang turut dihadiri timbalan datuk bandar Banda Aceh, Zainal Arifin.

Semua pesalah dihukum sebat sebanyak lima kali.

Selepas hukuman dilaksanakan, Zainal memberitahu hukuman berkenaan adalah satu pengajaran untuk orang ramai. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA