6 rancang tembak roket ke Singapura ditangkap

6 rancang tembak roket ke Singapura ditangkap

JAKARTA, 5 Ogos – Polis Indonesia hari ini menangkap enam militan yang disyaki berhubung satu rancangan untuk menembakkan roket ke daerah dermaga mewah Singapura dari pulau berhampiran, mencetuskan ibu kota itu mempertingkatkan keselamatan.

Lelaki-lelaki berkenaan berusia antara 19 hingga 46 tahun, telah ditahan oleh polis elit antipengganas di pulau Batam Indonesia, yang terletak di selatan ibu kota mewah itu.

Ketua kumpulan Indonesia yang dituduh merancang serangan itu bersama seorang militan Indonesia yang kini dipercayai sedang berjuang dengan kumpulan Islamic State (IS) di Syria.

Ia adalah rancangan pengganas terkini di negara yang paling ramai penduduknya beragama Islam di dunia, di mana adanya peningkatan dalam serangan dan percubaan serangan tahun ini dijangka akibat pengaruh IS yang semakin meningkat.

Mereka “merancang satu serangan pengganas di Singapura. Mereka mahu menyerang Singapura dengan roket dari Batam,” kata jurucakap polis negara, Agus Rianto memberitahu para wartawan.

Polis antipengganas Indonesia menjalankan serbuan di sebuah rumah di Batam pada 5 Ogos. Polis Indonesia telah menangkap enam militan yang disyaki berhubung satu rancangan untuk melancarkan roket ke dermaga mewah Singapura. – AFP
Polis antipengganas Indonesia menjalankan serbuan di sebuah rumah di Batam pada 5 Ogos. Polis Indonesia telah menangkap enam militan yang disyaki berhubung satu rancangan untuk melancarkan roket ke dermaga mewah Singapura. – AFP

Polis berkata sasarannya adalah Marina Bay, sebuah daerah yang menempatkan Marina Bay Sands, kompleks mewah mengandungi gedung beli-belah, hotel-hotel dan kasino.

Rianto menambah polis mempunyai ‘data awal’ dan masih lagi menyiasat rancangan itu, dan menamakan ketuanya sebagai Gigih Rahmat Dewa berusia 31 tahun.

Penganalisis berkata, masih belum jelas sama ada militan itu mempunyai keupayaan melakukan rancangan seperti itu, yang akan melibatkan penembakan roket pada jarak kira-kira 20 kilometer.

Singapura berkata ia menyedari mengenai pelan itu dan kawalan keselamatan telah dipertingkatkan dalam dan sempadan ibu kota berkenaan.

“Perkara ini tidak mengejutkan,” kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, K.Shanmugam.

“Saya telah bercakap beberapa kali, tentang rancangan yang telah dilakukan di luar Singapura, untuk menyasarkan Singapura – kami sangat mengambil berat tentang ancaman ini.”

Pengarah pemikir Institut bagi Dasar Analisis Konflik Jakarta, Sidney Jones, memberitahu AFP, bahawa ia adalah perlu untuk menunggu maklumat selanjutnya mengenai plot itu sebelum membuat kesimpulan kukuh.

Terdapat beberapa tanda-tanda adanya sokongan bagi IS di Singapura.

Singapura beberapa minggu kebelakangan telah memenjarakan empat pekerja Bangladesh yang dituduh me-rancang untuk menyertai IS untuk mengumpul wang bagi membiayai serangan di tanah air mereka, dan juga menahan seorang warga Singapura yang

berpangkalan di Australia yang dipercayai memuji kumpulan jihad dan menyokong penubuhan pemerintahan khalifah di ibu kota itu. – AFP