6 sekeluarga dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan

6 sekeluarga dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan

MUMBAI, 7 Ogos, – Para penyelamat sedang mencari sebuah keluarga terdiri daripada enam orang yang dikhuatiri terperangkap dalam sebuah bangunan yang runtuh dan membunuh dua orang di pinggir bandar Mumbai, India, kata polis hari ini.

Para pekerja kecemasan menggunakan penggali mekanikal dan peralatan lain untuk memindahkan longgokan konkrit dan lumpur, namun polis berkata hanya peluang tipis untuk menemui keluarga termasuk tiga kanak-kanak itu secara hidup.

Bangunan dua tingkat yang pada awalnya telah diumumkan bahaya oleh para pegawai tempatan itu telah runtuh semalam di daerah Thane luar Mumbai berikutan beberapa hari hujan monsun.

Dua orang yang masih bernyawa telah ditarik keluar dari runtuhan itu namun para penyelamat juga menemui dua mayat, kata DM Katke, seorang inspektor kanan polis di kawasan kediaman Bhiwandi tempat runtuhan berlaku.

“Nasib baik dua daripada mereka selamat namun dua lagi tidak selamat dalam runtuhan itu,” kata Katke kepada AFP.

“Penduduk tempatan telah memberitahu kami bahawa adanya keluarga lain, termasuk tiga kanak-kanak, di bawah runtuhan. Peluang untuk mereka selamat daripada runtuhan itu amat tipis,” katanya, menambah bahawa keluarga itu seramai enam orang.

Katke berkata para pegawai tempatan sebelumnya mengumumkan bangunan itu tidak stabil untuk dihuni.

Bangunan runtuh adalah perkara biasa berlaku di India, terutamanya semasa musim monsun tahunan. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA