6 terkorban dalam nahas jet tentera

6 terkorban dalam nahas jet tentera

TOKYO, 7 April – Semua enam anggota kru pesawat tentera yang hilang di selatan Jepun telah disahkan terkorban hari ini ketika pihak berkuasa menemui bangkai pesawat berkenaan di pulau Kyushu, lapor Kyodo News, memetik seorang pegawai Kementerian Pertahanan.

Beratus-ratus tentera dan polis tempatan telah dikerahkan dalam pencarian itu awal hari ini meskipun cuaca berkabus, berangin dan hujan lebat di kawasan pergunungan di wilayah Kagoshima.

Jet enjin berkembar sepanjang 15 meter itu hilang daripada radar sekitar jam 2:30 petang kelmarin (0535 GMT) kira-kira 10 km utara pangkalan udara tentera Kanoya, kata pegawai.

Pesawat udara itu terbang pada altitud 880 meter apabila ia hilang, kata Menteri Pertahanan Gen Nakatani memberitahu wartawan lewat kelmarin.

Sekitar jam 2 petang kelmarin, ruang udara sekitar pangkalan udara diselaputi awan tebal, lapor Kyodo memetik para pegawai Agensi Meteorologi.

ARTIKEL YANG SAMA