6 terkorban termasuk 2 Turki di Somalia

6 terkorban termasuk 2 Turki di Somalia

MOGADISHU, 31 Mac (AFP) – Lelaki bersenjata membunuh enam orang dalam penembakan lari menggunakan kereta, termasuk dua pekerja hospital warga Turki, dalam keganasan terbaru yang melanda bandar Mogadishu, Somalia, menurut pihak berkuasa hari ini.

“Enam orang awam, dua daripada mereka rakyat Turki, telah terbunuh, dan enam lagi cedera,” kata Abdifatah Omar Halane, jurucakap bagi pihak berkuasa bandar Mogadishu.

Penembakan itu berlaku lewat Rabu, dan mereka yang terbunuh itu juga termasuk pemandu dan pengawal keselamatan Turki.

“Pasukan keselamatan sedang memburu penyerangnya,” kata Halane.

Perdana Menteri Somalia, Omar Abdirashid Sharmarke turut mengutuk serangan itu.

“Kami mengutuk tindakan pengecut ini, dan kami turut bersedih bersama ahli keluarga mangsa dan kerajaan Turki,” kata Sharmarke dalam satu kenyataan.

“Rakyat Turki yang tidak bersalah ini telah kehilangan nyawa mereka semasa membantu saudara Somali mereka.”

Turki merupakan pelabur utama dan penderma kepada Somalia.

ARTIKEL YANG SAMA