6 wakil Progresif, DST tamat Kursus Latihan IPv6

6 wakil Progresif, DST tamat Kursus Latihan IPv6

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Enam orang wakil dari Progresif Cellular Sdn Bhd dan DST hari ini menerima sijil tamat Kursus Latihan IPv6 dalam majlis penyampaian sijil di Pejabat AITI di sini.

Hadir menyampaikan sijil kepada empat wakil daripada Progresif dan dua orang wakil DST itu ialah Timbalan Ketua Eksekutif AITI, Haji Jailani bin Haji Buntar.

Kursus selama empat hari yang bermula pada 9 Mei itu dianjurkan oleh ASAFF Solutions Sdn Bhd dan kursus disampaikan oleh Kunalan Dava Rajoo dari Universiti Sains Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif ASAFF Solution Sdn Bhd, Haji Mahmud bin Mohd Daud, latihan IPv6 di negara ini sudah pun dibuat semenjak tahun 2014 dan setakat ini seramai 25 orang sudah menerima sijil.

Para peserta bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Para peserta bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA