6 warga asing ditahan miliki pistol

6 warga asing ditahan miliki pistol

SANDAKAN, 12 Jun (Bernama) – Polis merampas sepucuk pistol dan 16 butir peluru selepas menahan empat warga asing termasuk seorang bapa bersama dua anak di sebuah rumah setinggan di Kampung Bakau Batu 3, dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata serbuan dilakukan pada pukul 4 pagi dan empat lelaki warganegara Filipina yang ditahan itu berusia antara 20 dan 53 tahun.

Katanya hasil pemeriksaan di rumah itu menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan dua kelopak peluru masing-masing berisi 20 butir dan enam peluru yang disorokkan di satu sudut di rumah berkenaan.

Menurutnya kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Siasatan masih dijalankan dari segala sudut, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Salehhudin berkata ujian air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis syabu.

ARTIKEL YANG SAMA