60 Asnaf Fakir Miskin terima sumbangan

60 Asnaf Fakir Miskin terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Seramai 60 orang Asnaf Fakir Miskin telah menerima agihan zakat wang tunai hasil daripada Peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin pada majlis yang telah berlangsung di Masjid Pekan Seria, Daerah Belait, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

Penyampaian agihan zakat itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Dengan adanya agihan ini, ia dapat meringankan beban para penerima dalam membelanja-kan barang keperluan harian mereka dan juga pada musim perayaan nanti.

 Agihan zakat wang tunai kepada asnaf fakir miskin.
Agihan zakat wang tunai kepada asnaf fakir miskin.
Pengagihan zakat wang tunai kepada asnaf fakir miskin yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid.
Pengagihan zakat wang tunai kepada asnaf fakir miskin yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid.