60 bekas pelajar Maktab SOAS bertemu semula

60 bekas pelajar Maktab SOAS bertemu semula

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Selepas 41 tahun berpisah, seramai 60 orang bekas pelajar Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) pada tahun 1975 dan 1976 telah bertemu semula dalam majlis pertemuan semula yang berlangsung di Restoran Tarindak D’Polo, Royal Brunei Polo and Beach Club, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail yang juga merupakan bekas pelajar Maktab SOAS tahun 1975.

Perjumpaan berkenaan menjadi lebih menarik apabila semua yang hadir memakai topi koboi sambil mengimbas kenangan bersama suka dan duka ketika di zaman persekolahan mereka.

Bergambar ramai bersama bekas pelajar SOAS 1975 dan 1976 pada Majlis Reunion tersebut.
Bergambar ramai bersama bekas pelajar SOAS 1975 dan 1976 pada Majlis Reunion tersebut.