60 bekas pelajar SMJA berkumpul

60 bekas pelajar SMJA berkumpul

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Hardy AJ

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Setelah lebih 20 tahun berlalu, kira-kira 60 bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) berhimpun dalam suasana penuh mesra di majlis perkumpulan semula yang diadakan di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

Majlis berkenaan dipenuhi dengan senyuman dan tawa apabila masing-masing cuba saling mengenali dengan mengingati kembali kenangan lama sewaktu berada di bangku sekolah.

Tatkala mengemas kini status diri masing-masing, acara tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian bagi mengasah kembali bakat yang terpendam.

Antara bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) berhimpun dalam suasana penuh mesra.
Antara bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) berhimpun dalam suasana penuh mesra.

Salah seorang ahli jawatankuasa pada acara itu menyatakan perkumpulan itu dianjurkan setelah bekas pelajar lelaki sebelumnya mengadakan majlis tahlil dan berbuka puasa pada bulan Ramadan lalu.

Walaupun sambutan Hari Raya baru sahaja berakhir namun acara ini diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan mereka yang terjalin lebih 20 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA