60 cedera gempa bumi landa Tibet, China

60 cedera gempa bumi landa Tibet, China

BEIJING, 11 Mei (AP) – Lebih daripada 60 orang cedera dalam satu gempa bumi cetek dengan kekuatan 5.5 magnitud melanda kawasan pergunungan Tibet dan negeri China hari ini dan menjangkakan ada yang terkorban, kata pentadbiran.

Gempa bumi melanda pada jam 9:15 pagi (waktu tempatan), 70 kilometer ke barat laut kampung Gyamotang pada kedalaman hanya 10 kilometer, menurut Pusat Kajian Geologi AS (USGS). Gempa bumi itu berlaku berhampiran sempadan Tibet dengan wilayah Qinghai di utara.

Agensi berita rasmi China Xinhua memetik biro seismologi serantau sebagai berkata, gempa itu berpusat di Kata Town, kira-kira 2,200 kilometer dari ibu negara Beijing dan tapak dua kuil Buddha utama.

Ketua pentadbir bandar ini, dikenali sebagai Samba, memberitahu Xinhua beliau menemui dua orang yang cedera dalam perjalanan untuk membantu usaha menyelamat di sebuah kampung 10 kilometer dari situ. Jalan-jalan menuju ke kampung Guodong yang runtuh turut menghalang penyelamat, kata Xinhua.

Lebih 60 orang yang cedera itu kesemuanya dari Kata. Mereka sedang dirawat di Hospital Rakyat Bandar Qamdo, menurut pejabat kecemasan di bawah kerajaan serantau.

Kerajaan Tibet telah menggesa pihak berkuasa tempatan untuk berusha dalam membantu kerja-kerja menyelamat dan bantuan gempa. Bekalan bantuan, termasuklah khemah, pakaian, makanan dan minuman serta perubatan yang sedang dihantar ke kawasan yang dilanda bencana itu.

Rantau barat China di kaki bukit Himalaya adalah zon gempa bumi yang aktif, dan gempa bumi pada 2010 berdekatan Yushu mengorbankan hampir 3,000 orang.

Gempa bumi 7.9 magnitud yang melanda wilayah Sichuan pada Mei 2008 pula mengorbankan hampir 90,000 orang dalam kejadian terburuk di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

ARTIKEL YANG SAMA