60 fakir miskin terima agihan daging korban

60 fakir miskin terima agihan daging korban

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 27 Sept – Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria tidak ketinggalan mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bangunan Bahagian Perkhidmatan dan Bengkel, Jalan Setia Diraja di sini, kelmarin.

Dua ekor kerbau ditumbangkan bagi ibadah korban warga jabatan dan keluarga mereka. Ia kemudiannya diagihkan kepada 60 orang fakir miskin yang disenaraikan oleh Majlis Ugama Islam Brunei di Daerah Belait.

Pengagihan daging korban disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin.

Haji Ali mengagihkan daging korban berkenaan kepada para penerima.
Haji Ali mengagihkan daging korban berkenaan kepada para penerima.

Daging korban juga diagihkan kepada peserta-peserta korban dan kalangan warga jabatan berkenan. Majlis turut dimeriahkan dengan laungan takbir raya dan doa selamat yang dipimpin oleh Awangku Ibrahim bin Pengiran Haji Tengah.

Majlis Ibadah Korban berkenaan merupakan kegiatan keagamaan tahunan jabatan itu yang bertujuan memberi peluang kepada warga jabatan untuk beramal dan bersedekah bagi melaksanakan syariat Allah.

Majlis dihadiri lebih 150 orang pegawai dan kakitangan jabatan itu.