60 hadiri jerayawaraya CIPTA 2017

60 hadiri jerayawaraya CIPTA 2017

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 6 Sept – Ke arah memberigakan kepada orang ramai khususnya penduduk dan pelajar-pelajar di Daerah Tutong mengenai Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017, jerayawara mengenainya kini diteruskan lagi di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, hari ini.

Kira-kira 60 orang yang terdiri daripada para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, guru-guru dan para pelajar telah menghadiri jerayawara tersebut.

Pada jerayawara itu, taklimat telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal CIPTA 2017, Haji Sharul Tazrajiman bin Haji Tajuddin yang telah menerangkan mengenai kategori-kategori pertandingan Anugerah CIPTA 2017, peraturan dan undang-undang, hadiah dan penganugerahan, tarikh-tarikh penting, proses penghakiman dan beberapa antara contoh projek yang perlu dihantar di pertandingan itu nanti.

Taklimat juga disampaikan oleh Ahli Setiausaha Pertandingan Anugerah CIPTA 2017, Dr. Sharina binti Yunus.

Turut hadir mendengar taklimat tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Semasa taklimat mengenai Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017 kelmarin.
Semasa taklimat mengenai Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017 kelmarin.

Selepas sesi taklimat, forum terbuka juga diadakan untuk tetamu yang hadir bagi bertanyakan soalan dan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai pertandingan itu.

Selain itu, mini pameran yang mempamerkan projek-projek CIPTA terdahulu juga diadakan bagi menarik minat serta meningkatkan kesedaran awam terhadap Anugerah CIPTA 2017.

CIPTA 2017 yang diadakan dua tahun sekali itu merupakan yang ketujuh diadakan, anjuran Universiti Teknologi Brunei (UTB) dengan kerjasama penaja pertandingan, Brunei LNG Sdn. Bhd.

Untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang CIPTA 2017 di alamat www.utb.edu.bn/cipta dan tarikh tutup pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini adalah pada 31 Oktober 2016.

ARTIKEL YANG SAMA