60 kes mikrosefali di Honduras

60 kes mikrosefali di Honduras

TEGUCIGALPA, 30 Sept – Setakat tahun ini, kira-kira 60 anak damit telah dilahirkan dengan mikrosefali di Honduras, dengan majoritinya adalah disebabkan oleh virus Zika, kata seorang pegawai semalam.

“Kami mempunyai jumlah bilangan baru kes mikrosefali. Setakat ini pada 2016, kami mempunyai 60 anak damit dengan penyakit ini,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Francis Contreras memberitahu media. Jumlah kes mikrosefali telah meningkat dua kali ganda tahun ini berbanding tahun 2015, kata Contreras, sambil menambah bahawa jumlah kes mikrosefali boleh mencecah 340 menjelang akhir tahun ini. Pada masa ini, lebih 600 wanita hamil dijangkiti virus Zika yang sedang dipantau di negara ini.

Mikrosefali adalah kecacatan kelahiran mengakibatkan kepala anak damit bersaiz kecil yang luar biasa dan kecerdasan otak anak damit mundur dan diiringi oleh otak atrofi dan keabnormalan neurologic.

Virus Zika biasanya disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti. Pesakit yang dijangkiti dengan virus ini boleh mempunyai gejala-gejala seperti demam, konjunktivitis, sakit otot dan sendi, ruam kulit dan sakit kepala. Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA