60 murid timba pengalaman di SugarBun

60 murid timba pengalaman di SugarBun

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 22 Sept – Lebih 60 orang murid KG 1 Sekolah Alif Jalan Jaya Negara diiringi 11 orang guru pengawas, hari ini menimba pengalaman luar kelas dalam lawatan sambil belajar ke Restoran SugarBun di KB Sentral.

Lawatan yang memberikan peluang kepada murid-murid ini untuk ber-komunikasi sesama rakan sekolah turut dimuatkan dengan pelbagai aktiviti termasuk menari bersama maskot, persembahan muzik dan bersuka ria dalam permainan yang disediakan oleh pihak SugarBun.

Menurut guru yang mengetuai rombongan itu, Dayang Nurhafizah binti Zulkipli, SugarBun dipilih sebagai destinasi lawatan kerana persekitarannya yang selesa, memudahkan mereka mengawal pelajar selain memperkenalkan mereka dengan pengalaman luar darjah.

Rombongan merupakan sebahagian daripada kira-kira 200 orang murid KG 1 dan KG 2 sekolah tersebut yang mempunyai 11 kelas tadika untuk pelajar berusia tiga hingga lima tahun.

pg13_150923_e

Murid-murid KG 1 Sekolah Alif berhibur menari bersama maskot kegemaran mereka semasa lawatan ke SugarBun di KB sentral hari ini.
Murid-murid KG 1 Sekolah Alif berhibur menari bersama maskot kegemaran mereka semasa lawatan ke SugarBun di KB sentral hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA