60 pelajar ISQ terima sijil tamat latihan

60 pelajar ISQ terima sijil tamat latihan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 19 Mei – Seramai 60 orang pelajar daripada pengambilan ke-4 Program Kemahiran Kelayakan Perindustrian (ISQ) menerima sijil setelah berjaya menamatkan latihan dalam bidang Kimpalan dan Scaffolding pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Syarikat Joffren Omar Sdn Bhd di kawasan Perindustrian Ringan Sungai Bera di sini, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 14 pelajar adalah daripada bidang Kimpalan manakala itu, 44 lainnya daripada Scaffolding, dan mereka ini telah menyertai latihan selama enam bulan bermula 18 November lalu.

Penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Korporat syarikat itu, Pengiran Mohd Noor ‘Izzuddin bin Pengiran Omar.

Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Pusat Latihan Mekanik (PLM), Hajah Farizah Norin binti Haji Abdul Jalil, kakitangan Pengurusan Syarikat Joffren Omar dan para tenaga pengajar.

Salah seorang pelajar telah menerima sijil tamat latihannya yang disampaikan oleh Pengiran Mohd Noor ‘Izzuddin.
Salah seorang pelajar telah menerima sijil tamat latihannya yang disampaikan oleh Pengiran Mohd Noor ‘Izzuddin.

Melalui penyertaan latihan tersebut, melayakkan mereka bagi pensijilan bertaraf antarabangsa dan akan dianugerahkan sijil diiktiraf di peringkat antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom, iaitu The Welding Institute (TWI) bagi pengimpal dan Lembaga Latihan Industri Pembinaan (CITB) bagi scaffolder.

Syarikat Joffren Omar merupakan salah sebuah daripada beberapa Pertubuhan Latihan Berdaftar (RTO) yang diluluskan oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) untuk menyediakan latihan kemahiran teori dan praktikal dalam kimpalan dan scaffolding bagi pelajar di bawah Skim Rangka Kerja Kompetensi Industri (ICF).

ARTIKEL YANG SAMA