60 pelajar perempuan keracunan di Afghanistan

60 pelajar perempuan keracunan di Afghanistan

TALUQAN, Afghanistan, 4 Mei (Xinhua) – Kira-kira 60 pelajar sebuah sekolah perempuan telah menghadapi keracunan di daerah Rustaq wilayah Takhar utara Afghanistan hari ini, kata jurucakap polis di wilayah tersebut.

“Kira-kira 60 pelajar gred tujuh hingga 12 dari Sekolah Perempuan Mir Mulai di daerah Rustaq telah menghidap keracunan secara misteri hari ini pada kira-kira 10 pagi dan telah dibawa ke hospital bagi rawatan perubatan,” Abdul Khalil Asir memberitahu Xinhua.

Siasatan telah dimulakan bagi mengenal pasti punca masalah itu, kata pegawai itu.

Ini adalah kejadian kedua seumpamanya di wilayah Takhar sejak dua minggu lalu.

Dalam kejadian sebelum ini, yang telah berlaku di daerah yang sama, Rustaq, pada 19 April, seramai 62 pelajar sebuah sekolah Perempuan keracunan dan muntah-muntah yang menyebabkan mereka jatuh tidak sedarkan diri selama beberapa jam.