60 pelajar SU Lumapas diraikan dalam majlis khatam

60 pelajar SU Lumapas diraikan dalam majlis khatam

Oleh Kasma

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Seramai 60 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama (SU) Lumapas, semalam, telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Jabatan Penyelidikan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, Haji Halidi bin Jerudin yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah di awal majlis.

Majlis dimulakan dengan peserta membaca Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas diikuti dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5.

Manakala itu, bacaan Doa Khatam dibacakan oleh wakil peserta khatam, Awang Muhd Wafiy bin Muhd Budiman.

Para peserta khatam Al-Quran bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis dan ahli jawatankuasa Khatam Al-Quran.
Para peserta khatam Al-Quran bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis dan ahli jawatankuasa Khatam Al-Quran.

Guru besar sekolah berkenaan, Hajah Kasum binti Haji Maidin menjelaskan, majlis itu antara lain bertujuan supaya murid-murid dapat mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama.

Selain daripada itu juga untuk menggalakkan para murid supaya sentiasa dan meneruskan amalan membaca Al-Quran setiap masa terutama sekali setelah mereka berjaya menamatkan persekolahan agama.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat majlis yang disempurnakan oleh guru besar.

ARTIKEL YANG SAMA