60 pelumba hangatkan saingan KCT MTB Fun Race

60 pelumba hangatkan saingan KCT MTB Fun Race

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh KCT

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Pasukan Basikal Kedayan baru-baru ini mengadakan KCT MTB Fun Race Mei 2016 yang berlangsung di Hutan Simpan Berakas menampilkan 60 pelumba keseluruhannya termasuk beberapa penyertaan dari negara jiran, Malaysia.

Bahagian Individual Man Open dimenangi oleh Thamri yang meninggalkan Loqman berada di tempat kedua diikuti oleh Hamizan di tempat ketiga, bagi Bahagian Eksklusif pula dimenangi oleh Haji Yunaidi diikuti oleh Sharin di tempat kedua dan Nasyran di tempat ketiga.

Persediaan para pelumba sebelum berlepas.
Persediaan para pelumba sebelum berlepas.

Dalam acara Master, Eddy Abdullah tampil juara apabila berjaya menumpaskan saingannya Jeffri Lamat yang terpaksa akur di tempat kedua disusuli oleh Zikara yang berada di tempat ketiga sementara Zulhairi berada di tempat pertama Bahagian Veteran disusuli Halid di tempat kedua dan Andrians di tempat ketiga.

Dalam Kategori Fatbike, Thamri tampil juara meninggalkan Ali Mustapa di tempat kedua dan Rafiudin Zikara yang berada di tempat ketiga, Sharin Tamin turut berjaya dalam bahagian Heavy Weight dengan mengalahkan Hady yang berada di tempat kedua dan Suziemie di tempat ketiga.

Acara Novice pula diungguli oleh Hadi yang selesa di hadapan saingan terdekatnya iaitu Akmal yang berada di tempat kedua dan Haji Zulkifli di tempat ketiga acara berkenaan.

 

ARTIKEL YANG SAMA