60 peminat fotografi rakam keindahan Sg. Brunei

60 peminat fotografi rakam keindahan Sg. Brunei

Oleh Normazlina M.D

Peminat fotografi bergambar ramai dengan berlatarbelakangkan pemandangan Kampong Ayer semasa berada di atas kapal pelayaran.
Peminat fotografi bergambar ramai dengan berlatarbelakangkan pemandangan Kampong Ayer semasa berada di atas kapal pelayaran.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Kira-kira 60 orang peminat fotografi dan jurugambar profesional mengambil bahagian dalam ekspedisi ‘Touch & Feel’ menaiki kapal pelayaran menyusuri sepanjang Sungai Brunei, di Kampong Ayer.

Ekspedisi yang dianjurkan oleh Rose Photo Studio dan Fujifilm Malaysia itu melibatkan para peserta untuk mengambil gambar keindahan yang terdapat di Sungai Brunei sepanjang dalam pelayaran termasuk menggambar tempat-tempat menarik seperti Kampong Ayer, Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dan keindahan Istana Nurul Iman.

Di samping itu, peserta-peserta turut diperkenalkan kepada Fujifilm XPro 2 dengan lensa terbarunya XF 100-400 dan Fujifilm X70 serta cuba menggunakannya dengan gaya karya vintaj.

Semasa ekspedisi itu juga, para peserta dapat menikmati hidangan tempatan di atas kapal persiaran dan berpeluang berkenalan bersama peserta-peserta fotografi dan bertukar pandangan.

 

ARTIKEL YANG SAMA