60 suspek porno kanak-kanak ditangkap di AS

60 suspek porno kanak-kanak ditangkap di AS

BANDAR MEXICO, 14 Dis (AFP) – Sekitar 60 orang telah ditangkap atas dakwaan pornografi kanak-kanak dan tiga kanak-kanak diselamatkan dalam operasi bersama ejen-ejen FBI dan polis di Argentina, Chile dan Mexico, menurut pegawai di sini.

Kanak-kanak berusia sembilan hingga 15 tahun itu telah diselamatkan di Mexico sebagai sebahagian daripada ‘Operasi Tanpa Sempadan’, Suruhanjaya Keselamatan Negara Mexico (CNS) dalam satu kenyataan lewat semalam.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai ‘digunakan oleh saudara terdekat atau jiran mereka bagi mendapatkan imej pornografi kanak-kanak yang kemudian disiarkan dalam laman Internet, dalam rangkaian media sosial dan dihantar menggunakan e-mel,” menurut kenyataan tersebut.

Lapan yang tertangkap itu berlaku di Mexico, menurut CNS, tanpa menyiarkan nama atau tarikh.

Berhubung penangkapan 52 yang lain, kenyataan itu mengatakan hanya waran pencarian telah dilaksanakan di Brazil, Colombia, Costa Rica, Sepanyol, Guatemala, Paraguay, Venezuela dan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Uruguay melaporkan pada Sabtu bahawa sebagai sebahagian dari Operasi Tanpa Sempadan, empat suspek berusia antara 32 hingga 61 tahun telah ditangkap kerana memiliki gambar dan video porno kanak-kanak.

ARTIKEL YANG SAMA