60 tebusan dibebaskan di Afghanistan

60 tebusan dibebaskan di Afghanistan

KABUL, 6 Mei (Xinhua) – Seramai 60 orang telah dibebaskan selepas tentera kerajaan menyerbu sebuah pusat tahanan yang dikendalikan Taliban di wilayah selatan Helmand pada malam semalam, menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Unit Operasi Pasukan Khas menyerbu penjara yang dikendalikan Taliban di daerah Nawzad pada 10 malam waktu tempatan semalam dan membebaskan 60 orang yang telah diculik sebagai tebusan oleh komander Taliban Abdul Rahim, dengan nama samaran Mullah Manan,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL YANG SAMA