60 warga TelBru jalani sesi pembinaan berkelompok 2 hari

60 warga TelBru jalani sesi pembinaan berkelompok 2 hari

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Dalam persediaan TelBru untuk menetapkan haluan strategik dan pelan aktiviti komprehensif pada tahun-tahun akan datang, satu sesi perbincangan strategik dan pembinaan berkelompok selama dua hari telah dianjurkan bagi seramai 60 kakitangan yang terdiri daripada enam pasukan pihak pengurusan syarikat yang berprestasi tinggi.

Sesi pertama yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, David Kay, telah diadakan di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) di Temburong yang membabitkan beberapa aktiviti fizikal luar dengan matlamat untuk mempromosi pembangunan kumpulan, kerja berkumpulan, kepimpinan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, tahap uji kesihatan fizikal dan ketahanan.

Aktiviti itu juga membolehkan ahli kumpulan memahami kepentingan bekerja sebagai satu kumpulan dalam mengatasi halangan dan cabaran.

Dalam persekitaran kerja sebenar, semua aktiviti merupakan contoh tentang cara-cara individu boleh menyumbang kepada kejayaan kumpulan dan pertubuhan keseluruhannya.

Pada hari kedua sesi yang diadakan di The Empire Hotel and Country Club, para pasukan berhimpun semula untuk perbincangan sepanjang hari mengenai haluan strategik TelBru bagi masa depan.

Kakitangan TelBru yang mengikuti sesi pertama di OBBD, Daerah Temburong.
Kakitangan TelBru yang mengikuti sesi pertama di OBBD, Daerah Temburong.

TelBru, yang telah diswastakan pada tahun 2006, sudah pun mempunyai kira-kira 1,000 kakitangannya dan telah bertransformasi kepada sebuah syarikat yang dipacu prestasi dan keputusan cemerlang yang bertujuan menyediakan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggannya menerusi rangkaian yang bersepadu dan boleh dipercayai.

ARTIKEL YANG SAMA