600 ekar terbakar

600 ekar terbakar

LOWER LAKE, California, 14 Ogos – Kebakaran hutan yang merebak pantas telah mengancam berpuluh-puluh buah rumah di komuniti tasik California Utara yang telah dipindahkan pada tahun lalu disebabkan kebakaran hutan berhampirannya.

Pihak berkuasa mengeluarkan empat arahan pemindahan untuk sejumlah rumah semalam tatkala kebakaran hutan di selatan Lower Lake, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 1,300 penduduk, merebak kepada sekurang-kurangnya 600 ekar.

Anggota bomba dibantu oleh jentera tangki air berusaha menjauhi api dari rumah di utara tasik, kata Suzie Blankenship, jurucakap untuk Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.

Kira-kira 15 peratus daripada kebakaran berjaya dikawal.

Blankenship berkata kebakaran merebak dengan cepat disebabkan keadaan kering berpunca daripada kemarau bersejarah di California.

Struktur dua tingkat terbakar di subdivisi luar Morgan Valley Road ketika hutan terbakar di Lower Lake, California pada 13 Ogos. – AP
Struktur dua tingkat terbakar di subdivisi luar Morgan Valley Road ketika hutan terbakar di Lower Lake, California pada 13 Ogos. – AP

“Bahan bakar adalah amat kering,” kata Blankenship.

“Inilah masanya apabila semua orang perlu bersikap lebih waspada.”

Lower lake dipindahkan hampir setahun lalu akibat kebakaran hutan berhampiran yang memusnahkan kebanyakan Lake County dan sebahagian dari kawasan Napa County kira-kira 90 batu dari utara San Francisco. Ia membunuh empat orang, memusnahkan lebih daripada 1,300 rumah, membakar kawasan seluas 120 batu persegi dan dianggap kebakaran hutan ketiga paling teruk di California.

Satu laporan yang dikeluarkan pada minggu ini menyimpulkan kebakaran dimulakan oleh wayar rosak dalam sebuah tab mandi panas.

Di tengah California, satu kebakaran hutan yang meletus pada petang semalam memaksa pemindahan 135 buah rumah di selatan Tasek Nacimiento, kata pejabat Syerif Daerah Luis Obispo.

Kebakaran telah membakar sekurang-kurangnya kawasan seluas sebatu persegi, dengan kawalan sapenuhnya dijangka hari ini, beritahu Ketua Bomba California Tom McEwen kepada TV KSBY. – AP

ARTIKEL YANG SAMA