600 saksikan persembahan Showoffs Science

600 saksikan persembahan Showoffs Science

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh OGDC

 

KUALA BELAIT, 13 April – Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) telah mengadakan sesi pertama Showoffs Science bersama Dr Graham Walker di Lecture Theatre, Universiti Teknologi Brunei (UTB).

Kira-kira 600 orang pelajar, guru dan ibu bapa menyaksikan persembahan yang diserikan dengan aksi-aksi lucu Dr Walker, namun penuh maklumat sains. Ia terdiri daripada beberapa siri eksperimen sains yang disampaikan secara langsung oleh Dr Walker sendiri untuk menggalakkan pembelajaran sains dengan cara yang lebih seronok.

Program ini merupakan satu inisiatif OGDC untuk meningkatkan minat dalam sains dan penyertaan penduduk negara ini dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik yang menerima sokongan padu Kementerian Pendidikan dan Universiti Teknologi Brunei serta Syarikat Minyak Shell Brunei (BSP).

Antara pelajar yang menyaksikan persembahan sesi pertama.
Antara pelajar yang menyaksikan persembahan sesi pertama.
Dr Graham Walker ketika beraksi pada persembahan itu.
Dr Graham Walker ketika beraksi pada persembahan itu.

Ia akan diadakan sekali lagi pada Jumaat, 15 April ini di tempat yang sama dan tiket-tiket untuk menyaksikannya masih lagi dijual di beberapa buah lokasi di seluruh daerah. Bagi Daerah Belait, tiket boleh dibeli di Kaunter Resepsi OGDC, manakala di Daerah Brunei dan Muara, tiket boleh dibeli di Cube B13, Megabox, The Mall Gadong, Boza Remittance Bangunan BSB Bumiputera atau menghubungi UTB.