600 warga M’sia sambut Aidiladha di Jakarta

600 warga M’sia sambut Aidiladha di Jakarta

JAKARTA 12 Sept – Lebih 600 rakyat Malaysia yang berada di Jakarta hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana tetapi meriah di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Sambutan hari raya itu dimulakan dengan solat sunat Aidiladha yang berlangsung dalam kompleks kedutaan besar yang diimamkan Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Abang Zainal Abidin Abang Ariffin. – Bernama