6,000 penghijrah diselamatkan, 2 mati lemas

6,000 penghijrah diselamatkan, 2 mati lemas

ROM, 31 Julai – Askar laut Itali hari ini berkata ia telah menemui dua mayat dalam satu operasi, di samping agensi-agensi bantuan, telah menyelamatkan 6,000 orang sejak Khamis. Kapal-kapal tentera laut yang meronda luar Libya telah campur tangan untuk membantu empat dingi getah dan bot nelayan yang penuh sesak, katanya.

Dalam satu operasi dari kapal Vega, “tiga orang berjaya diselamatkan dan dua lagi sudah tiada bernyawa,” katanya dalam akaun Twitternya.

Menurut jumlah terkini dari Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) – dikeluarkan pada 28 Julai sebelum gelombang penghijrahan terkini – 89,217 orang, kebanyakannya dari sub-Saharan Afrika telah tiba di Itali melalui laut sejak awal tahun ini. – AFP