60,000 polis kawal Euro 2016

60,000 polis kawal Euro 2016

PARIS, 25 Mei – Perancis hari ini berkata ia akan menempatkan lebih dari 60,000 anggota polis bagi memberikan kawalan Euro 2016 seperti yang dijanjikannya untuk melakukan “Segala yang terbaik bagi menghindarkan serangan pengganas” ketika perlawanan itu bermula bulan depan.

Ulasan dari Menteri Luar, Bernard Cazeneuve dibuat selepas Stade de France di Paris, yang akan menghoskan perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir, berada dalam keadaan huru–hara pada Sabtu sebelum perlawanan piala kebangsaan selepas bom asap diledakkan di dalam stadium, yang mencetuskan rasa cemas di kalangan orang ramai yang berhimpit-himpit di pintu keluar stadium.

Cazeneuve memberitahu harian sukan l’Equipe bahawa perlawanan di antara Paris Saint-Germain dan Marseille “tidak dilihat sebagai satu ujian” bagi Euro 2016.

“Ia bukanlah orang awam yang sama, bukan penganjuran yang sama, mahu pun penempatan keselamatan yang sama,” katanya. “Bagaimanapun apa yang berlaku akan diambil kira” menjelang perlawanan bola sepak yang berlangsung selama sebulan, yang bermula pada 10 Jun depan.

“Objektif kami adalah Euro adalah perhimpunan pesta yang besar, tetapi kami berhutang budi kebenaran kepada rakyat Perancis. Langkah berjaga–jaga sifar peratus bermakna 100 peratus risiko, tetapi 100 peratus langkah berjaga–jaga tidak bermakna risiko peratus sifar,” katanya.

Sebanyak 60,000 anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal kejohanan Euro 2016 yang akan bermula 10 Jun depan. – AP
Sebanyak 60,000 anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal kejohanan Euro 2016 yang akan bermula 10 Jun depan. – AP

“Kami melakukan segalanya untuk menghindarkan serangan pengganas, dan kami bersedia untuk memberi tindak balas. Lebih dari 60,000 anggota polis akan ditempatkan.”

Stade de France dijadikan sasaran oleh penyerang nekad ketika serangan oleh kumpulan IS di ibu negara Perancis pada November lalu. Penyerang gagal untuk memasuki di dalam kawasan keselamatan.

Cazaneuve berkata keselamatan di dalam stadium adalah tanggungjawab UEFA, sementara keselamatan di “zon peminat” yang akan menempatkan tujuh juta orang di 10 buah negeri hos di seluruh negara adalah mandat dari ejen–ejen keselamatan swasta.

“Zon peminat adalah ruang yang selamat, saya mendapatkan keputusan untuk mengenakan pemeriksaan keselamatan di pintu–pintu masuk, menggunakan pengesan logam dan untuk mengharamkan beg-beg di dalam. Jika tidak terdapat zon–zon peminat, peminat akan dikumpulkan dalam ad-hoc dan berisiko (terhadap serangan) adalah lebih besar,” katanya.

Biarpun langkah peningkatan, dia berkata tidak terdapat ancaman tertentu ke atas perlawanan bola sepak. – AFP