60,000 warga Jepun berusia 100 tahun

60,000 warga Jepun berusia 100 tahun

TOKYO, 11 Sept (AFP) – Bilangan mereka yang berusia 100 tahun ke atas di Jepun telah mencecah 60,000 tahun ini ketika negara menghadapi kenaikan perbelanjaan sosial dan kesihatan untuk bilangan pesara yang semakin ramai.

Populasi mereka dijangka mencecah 61,568 orang minggu depan, di mana 87 peratus adalah wanita, kementerian kebajikan berkata hari ini.

Apabila negara ini menandakan ‘Hari Warga Emas’ pada 15 September, kerajaan akan memberi surat dan hadiah kenang-kenangan kepada 30,379 orang yang mencecah 100 tahun pada tahun ini.

Mereka akan menerima hidangan sake perak yang sekarang berharga AS$65, tetapi memandangkan bilangan warga tua penduduk Jepun semakin meningkat, kementerian menyasarkan alternatif yang lebih murah untuk hadiah bermula tahun depan.

Menghargai golongan usia 100 tahun dengan hadiah yang mahal amat menarik dan penuh bermakna pada tahun pertama program itu dalam tahun 1963 – ketika Tokyo hanya memberikan 153 hidangan kepada mereka yang mencecah usia seabad.

Tetapi bilangan penduduk berusia 100 tahun di Jepun telah berkembang pesat di mana hampir 30,000 orang layak menerima hadiah tahunan itu pada 2014, dengan kos sebanyak 260 juta yen (AS$2.1 juta).

Purata jangka hayat lelaki Jepun hanya lebih 80 tahun, manakala golongan wanitanya pula berbangga dengan jangka hayat paling lama di dunia iaitu 86.83 tahun.

Warga Jepun Yasutaro Koide merupakan manusia tertua di dunia apabila mencapai usia 112 tahun Mac ini.

ARTIKEL YANG SAMA