6,000ml darah berjaya dikumpulkan

6,000ml darah berjaya dikumpulkan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25Sept – Sebanyak 6,000ml telah berjaya dikutip dalam kempen menderma darah anjuran Persatuan Sri Lanka Brunei Darussalam yang berlangsung di tingkat 3, Airport Mall, Berakas, hari ini.

Kempen yang berlangsung diadakan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan warga Sri Lanka di Brunei Darussalam dan orang ramai.

Presiden Persatuan Sri Lanka Brunei Darussalam, Ranadinghe berkata, kempen ini merupakan salah satu aktiviti persatuan setiap tahun.

“Dengan menyumbangkan darah, kami memainkan peranan kecil namun penting untuk memberi kepada mereka yang memerlukan,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, sebelum ini mereka juga pernah mengadakan kempen sumbangan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan, yang telah berlangsung pada hari pertama bulan Ramadan.

Presiden Persatuan Sri Lanka Brunei Darussalam bergambar bersama penderma dan ahli-ahli persatuan berkenaan.
Presiden Persatuan Sri Lanka Brunei Darussalam bergambar bersama penderma dan ahli-ahli persatuan berkenaan.

Di samping itu, kempen kebersihan di hospital dan masjid-masjid juga diadakan bari memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti persatuan, ujarnya lagi.

Sementara itu, jururawat Unit Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pula berkata, “Setiap titik darah bernilai. Apabila anda menyumbangkan darah, anda memberi balik kepada masyarakat, ia juga memberikan manfaat daripada fizikal dan mental kepada kesihatan penderma.”

Pihak hospital sentiasa memerlukan darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelbagai pihak daripada kanak-kanak hingga orang dewasa yang terlibat

Hospital RIPAS turut berharap lebih banyak kempen menderma darah diadakan pada masa hadapan, agar lebih ramai orang menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.