616 pelajar Micronet tamat pengajian

616 pelajar Micronet tamat pengajian

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Seramai 616 orang pelajar Kolej Antarabangsa Micronet mengorak langkah ke masa depan apabila berjaya menamatkan pengajian mereka dan diraikan dalam Majlis Tamat Pengajian Kolej Antarabangsa Micronet 2016 yang berlangsung di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil tamat pengajian kepada para pelajar ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, naib-naib canselor, Pengarah Urusan Kolej Antarabangsa Micronet, Sylvester Yong, Pengetua Kolej Antarabangsa Micronet, Sharon Chin, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, pensyarah-pensyarah Kolej Antarabangsa Micronet serta para ibu bapa dan keluarga para graduan yang diraikan.

Di majlis berkenaan, Sharon Chin mengucapkan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya untuk menamatkan pengajian mereka dan berharap mereka akan terus meraih kejayaan dalam kerjaya atau pengajian mereka seterusnya.

Yang Berhormat Pehin bersama tetamu lain yang menghadiri majlis itu.
Yang Berhormat Pehin bersama tetamu lain yang menghadiri majlis itu.

pg05_160809_c

pg05_160809_e

Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil kepada para graduan pada majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil kepada para graduan pada majlis berkenaan.
Keadaan fizikal tidak menghalang seseorang pelajar untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan.
Keadaan fizikal tidak menghalang seseorang pelajar untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan.

pg05_160809_g

pg05_160809_h

pg05_160809_i

Dari jumlah 616 orang graduan itu, seramai 43 orang menerima sijil Brunei Darussalam Technical and Vocational Education Council (BDTVEC) Diploma Tinggi Kebangsaan dalam Komputer, 181 orang menerima sijil bagi BDTVEC Diploma dalam Teknologi Maklumat, 134 orang menerima BDTVEC Sijil Kemahiran 3 dalam Teknologi Maklumat, 79 orang menerima BDTVEC Sijil Kemahiran 2 dalam Teknologi Maklumat, 20 orang menerima NCC Education Level 5 Diploma dalam Komputer dan 159 orang menerima NCC Education Level 4 Diploma dalam Komputer.

Salah seorang graduan, Awang Mohd Amin Khalili bin Aziz melahirkan perasaan gembira dan bangga kerana berjaya untuk menamatkan pengajiannya. Namun begitu, beliau akan meneruskan pengajian dalam bidang teknologi maklumat sehingga mencapai peringkat ijazah.

“Saya mengambil bidang teknologi maklumat selama dua tahun dan harapan saya selepas ini ialah ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.”

Sharon Chin menyampaikan kata alu-aluannya.
Sharon Chin menyampaikan kata alu-aluannya.
Sebahagian ibu bapa serta keluarga para graduan yang hadir pada majlis itu.
Sebahagian ibu bapa serta keluarga para graduan yang hadir pada majlis itu.
Awang Mohd Amin Khalili (dua kiri) bersama rakan-rakan seperjuangan menanti untuk menerima sijil mereka.
Awang Mohd Amin Khalili (dua kiri) bersama rakan-rakan seperjuangan menanti untuk menerima sijil mereka.
Dayang Siti Nur’Asrezah mengucapkan penghargaan kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan sokongan kepadanya sepanjang pengajiannya.
Dayang Siti Nur’Asrezah mengucapkan penghargaan kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan sokongan kepadanya sepanjang pengajiannya.

Beliau juga menyatakan hasrat untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan bekerja sementara sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kegembiraan dan kejayaan menerima sijil di majlis tamat pengajian itu turut dikongsi oleh Dayang Siti Nur’Asrezah binti Roslan yang menerima NCC Diploma dalam Komputer di mana beliau mengucapkan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan sokongan kepadanya untuk terus berjaya dalam pengajiannya.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada semua pensyarah yang banyak memberikan tunjuk ajar dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah berputus-asa dalam sama-sama menempuh pelbagai cabaran untuk meraih kejayaan dalam pengajiannya.

Beliau menyatakan harapan untuk menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang pilihannya iaitu komputer ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

ARTIKEL YANG SAMA