62 korban tanah runtuh

62 korban tanah runtuh

SALGAR, Colombia, 19 Mei – Kejadian tanah runtuh melanda gaung di barat laut Colombia hari ini sebelum subuh, mengorbankan 62 orang dan mencederakan 40 orang lagi, menurut pihak berkuasa.

Kebanyakan penduduk sedang tidur apabila kejadian tanah runtuh melanda kawasan perbandaran Salgar kira-kira 3 pagi, yang menimbus kawasan besar dengan lumpur dan runtuhan.

Deruan lumpur dan air ‘membadai segala-galanya dalam laluannya,” Datuk Bandar Salga Olga Osorio memberitahu Radio RCN. Bandar kecil Santa Margarita boleh dikatakan ‘terhapus dari peta,’ katanya lagi.

Operasi menyelamat, yang dijalankan oleh 166 orang pertama yang memberi respons ditangguhkan semalam dan akan disambung semula awal pagi ini.

Imej-imej udara menunjukkan sungai luas lumpur yang menenggelamkan kawasan besar, menyeret rumah dan pokok bersama dalam laluannya.

Para penduduk menyodok timbunan lumpur di sebelah tengah hari, dalam usaha cuba menyelamatkan apa yang boleh barangan milik mereka, ketika lori tiba untuk mula membawa pergi segala kotoran.

Pemandangan selepas tanah runtuh berlaku di perbandar Salgar, Antioquia di Colombia. - AFP
Pemandangan selepas tanah runtuh berlaku di perbandar Salgar, Antioquia di Colombia. – AFP

Presiden Juan Manuel Santos telah pergi ke kawasan terjejas dan menemui para pegawai tempatan.

“Tiada sesiapa pun boleh membawa kepada anda, mereka yang telah meninggal dunia, itu adalah sesuatu yang sangat dikesali. Namun kita perlu mengharungi bencana ini dan melihat masa depan dengan tabah dan kekuatan,” katanya.

Beberapa kanak-kanak menjadi yatim diletakkan di bawah penjagaan Institusi Kesejahteraan Keluarga Colombo, ujarnya.

Beliau mengumumkan bahawa setiap keluarga yang terjejas – 30 kesemuanya- akan menerima $7,000 dan menjanjikan pembaikan infrastruktur untuk cuba mencegah bencana akan datang.

Bekas presiden yang kini menjadi ketua parti pembangkang, Alvaro Uribe juga telah melawat kawasan itu, yang berhampiran tempat dia dibesarkan.

“Saya telah menemui seorang wanita yang sedang memegang cucu lelakinya yang berusia tiga hari. Ibu bapanya telah terkorban. Apa yang saya lihat sangat menyeksakan,” ujarnya kepada stesen radio RCN. – AFP