62 orang ditahan dalam Ops Bersepadu

62 orang ditahan dalam Ops Bersepadu

KUCHING, 4 Julai – Polis menahan 62 orang atas pelbagai kesalahan dalam operasi cegah jenayah ‘Ops Bersepadu’ selama 12 hari yang dilancarkan serentak di empat daerah di sini pada 24 Jun lalu.

Sebanyak 1,250 kenderaan dan 1,314 orang telah diperiksa semasa operasi yang dijalankan di Kuching, Kota Samarahan, Padawan dan Bau.

Menurut Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak SAC Che Yussof Che Ngah, sebanyak 138 saman dikeluarkan dalam operasi itu. – Bernama