62 pain darah berjaya dikumpulkan

62 pain darah berjaya dikumpulkan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Dalam usaha untuk menghulurkan khidmat bakti, membantu mereka yang memerlukan serta menyahut seruan bagi menambah simpanan darah, Persatuan Fuzhou Shiyyi kelmarin telah mengadakan Kegiatan Amal Menderma Darah yang berlangsung di Pejabat D’Sunlit Sdn Bhd, Perindustrian Beribi.

Kempen yang diadakan dengan kerjasama Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula dari pukul 9 pagi disertai oleh ahli-ahli Persatuan Fuzhou Shiyyi dan juga warga D’Sunlit.

Turut menderma darah ialah presiden persatuan, Jackson Ting. Sebanyak 62 pain darah berjaya dikumpul semasa kempen tersebut.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa persatuan berkenaan, kegiatan amal itu adalah sebagai sebahagian daripada kegiatan untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Jackson Ting yang turut menderma darah semasa kempen berkenaan.
Jackson Ting yang turut menderma darah semasa kempen berkenaan.