62 terbunuh nahas pesawat FlyDubai

62 terbunuh nahas pesawat FlyDubai

MOSCOW/DUBAI, 20 Mac (Reuters) – Kesemua 62 orang yang berada di atas kapal pesawat penumpang, terbang dari Dubai ke selatan Rusia terbunuh apabila pesawat mereka terhempas pada percubaan kali kedua mereka untuk mendarat di lapangan terbang Rostov-on-Don pada kelmarin, kata pegawai Rusia.

Kementerian Kecemasan Rusia berkata pesawat Boeing 737-800 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah Dubai, Flydubai, terhempas pada 0340 (0040 GMT). Kebanyakan penumpang adalah warga Rusia.

“Pesawat itu terhempas ke tanah dan berkecai menjadi kepingan,” kata Jawatankuasa Siasatan Rusia dalam satu kenyataan di laman webnya. “Terdapat 55 penumpang kapal dan tujuh anak kapal. Mereka semua meninggal dunia.”

Kedua-dua perakam penerbangan pesawat telah ditemui dan berada dalam keadaan yang baik, kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Menurut bahagian Yayasan Keselamatan Penerbangan bebas yang berpangkalan di AS, bahawa terdapat angin kuat di lapangan terbang tersebut dengan kelajuan angin kencang mencecah dari 43 kilometer sehingga 69 kilometer sejam, tetapi jarak penglihatan masih boleh di tahap munasabah.

Ahli Kementerian Kecemasan sedang membuat rondaan di lokasi kemalangan sebuah pesawat Boeing 737-800, Penerbangan FZ981, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah Dubail, Flydubai, di lapangan terbang Rostov-On-Don, Rusia, kelmarin. - Reuters
Ahli Kementerian Kecemasan sedang membuat rondaan di lokasi kemalangan sebuah pesawat Boeing 737-800, Penerbangan FZ981, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah Dubail, Flydubai, di lapangan terbang Rostov-On-Don, Rusia, kelmarin. – Reuters

“Beberapa sudut punca kemalangan yang berlaku sedang diteliti, termasuk kesilapan anak-anak kapal, kegagalan teknikal dan keadaan cuaca buruk,” kata jawatankuasa itu.

Ia berkata pesawat itu telah berada di udara untuk mendarat selama lebih daripada dua jam. Nahas itu berlaku lebih daripada dua jam selepas pesawat bernombor penerbangan FZ981 itu dijadualkan mendarat.

Agensi berita Interfax Rusia memetik satu sumber dari perkhidmatan kecemasan sebagai berkata bahawa juruterbang itu telah mengubah fikiran mengenai pendaratan yang telah menghampiri lapangan terbang tersebut.

“Atas sebab yang tidak diketahui, beberapa minit sebelum mendarat, juruterbang menyemak semula dan memutuskan untuk membuat satu lagi pemusingan, tetapi tidak dapat berbuat demikian,” Interfax memetik sumber sebagai berkata. – Reuters

Pegawai Tertinggi Flydubai, Ghaith al-Ghaith pada sidang akhbar di emiriah Teluk Arab mengatakan bahawa ia adalah “terlalu awal” untuk menentukan punca nahas itu.

“Kami akan memberikan maklumat mengenai keadaan kejadian dan kotak hitam nanti, dan siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Rusia dan kami sedang menunggu keputusan akibat berlakunya insiden ini,” kata Ghaith.