63 pemain sertai festival catur

63 pemain sertai festival catur

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Seramai 63 orang pemain catur menyertai Festival Catur Hari Kebangsaan di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas dengan menampilkan tiga acara utama sehingga 21 Februari 2016 ini.

Setiausaha Agung Persekutuan Catur Brunei Darussalam, Pengiran Kamarunsalehhin bin Pengiran Haji Kamis ketika ditemui berkata, selepas National Blades hari ini, perlawanan akan diteruskan esok dengan bahagian Adult Blades dan Inter School Blades.

“Setakat ini kira-kira 60 pelajar sudah pun mendaftarkan diri bagi menyertai perlawanan itu besok,” ujarnya.

Para pemain sedang mengambil bahagian dalam kejohanan catur.
Para pemain sedang mengambil bahagian dalam kejohanan catur.

Menurutnya lagi, festival kali ini merupakan inisiatif penganjur iaitu Times Square yang didukung Persekutuan Catur Brunei dan Jabatan Ko-kurikulum Kementerian Pendidikan yang bakal menampilkan perlawanan akhir bersama pertandingan Scrabble pada hari terakhir nanti.

Ditanya mengenai perkembangan terkini catur dan penglibatan belia, katanya, beliau sangat berbesar hati dengan penyertaan yang semakin meningkat dan menegaskan ia adalah salah satu daripada hasil Program Catur di sekolah bermula Oktober 2015 yang lalu.

ARTIKEL YANG SAMA