64 anak yatim terima sumbangan

64 anak yatim terima sumbangan

Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Seramai 64 orang anak yatim dari Kampung Tanah Jambu, Kampung Salambigar dan Kampung Sungai Hanching telah menerima sumbangan derma pada Majlis Penyampaian Derma dan Ramah Mesra Bersama Anak-Anak yatim yang telah diungkayahkan oleh keluarga Haji Syed Anayatullah Shah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, petang tadi ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud.

Turut hadir ialah selebriti Malaysia, Mizz Nina yang turut menyumbangkan derma kepada anak-anak yatim.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral (B) Haji Mohammad semasa menyempurnakan penyampaian derma.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral (B) Haji Mohammad semasa menyempurnakan penyampaian derma.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Tahlil dan Doa Selamat yang telah dipimipin oleh Syed Abdul Muiz bin Haji Syed Anayatullah Shah.

Majlis itu bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut Aidilfitri dan dapat menabung bagi kegunaan perbelanjaan masa hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA